Sunday, July 17, 2011

Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

1. Pencemaran oleh Alam Semula Jadi
2. Pencemaran oleh Manusia

Pencemaran oleh Alam Semula Jadi berlaku apabila wujudnya bencana alam seperti
- Letusan gunung berapi
- Ribut taufan
- Gempa bumi
- Tsunami.

Gunung Berapi

Ribut Taufan

Tsunami

Gempa Bumi


Pencemaran alam semula jadi yang diakibatkan oleh Manusia ialah pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah.

- Pencemaran Udara
Pembakaran sampah terbuka
Penyeburan racun serangga
Karbon monosida yang dilepaskan oleh ekzos kenderaan
Pembakaran hutan untuk tujuan perladangan
Asap dari kilang perindustrian seperti kilang-kilang asbestos/simen/bateri kereta
Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan

- Pencemaran Air
Kumuhan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke sungai atau laut
Aktiviti pertanian seperti penerokaan tanah akan menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendakan yang mencetekkan sungai dan mengeruhkan air sungai.
Tumpahan minyak dari kapal
Bahan pencuci pinggan-mangkuk seperti detergen
Sikap manusia yang membuang sampah, minyak dan najis ke sungai

- Pencemaran Tanah
Masyarakat - Pembuangan Sampah merata-rata tempat dan perlupusan yang tidak sistematik
Bahan buangan kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang (dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah)

No comments:

Post a Comment